4 Perkara Yang Anda Patut Lakukan Apabila Rasa Gagal Dalam Bisnes 1

Bila bisnes kita rasa macam ‘slow’, bila kita punya stok jualan yang dah berbulan-bulan simpan tak susut-susut lagi berhabuk, bila dah berbulan-bulan tapi  tak pusing modal, kadang-kadang sampai tertunggak bil-bil bulanan, mesti kita rasa nak ‘give up’ kan?

Salah dia kat mana? Salah produk ke? Salah harga ke? Salah customer ke tak reti nak nilai barang? Atau salah sendiri? Atau bukan salah siapa-siapa tetapi dah memang namanya tak ada rezeki? Jadi macam mana? Berdiam sahaja? Macam mana nak tanggung anak bini, makan pakai semua?

Setiap usahawan
pasti akan ada ujian tersendiri dalam bisnes. Setiap ujian itu boleh jadi
nikmat, boleh jadi kifarah, boleh jadi peluang nak kuatkan iman. Jadi, selain
bersabar menghadapi hari-hari yang berliku semasa berbisnes berikut adalah
perkara yang kita boleh lakukan untuk perelokkan bisnes kita.

 #1- Nilai
Semula Strategi Bisnes

4 Perkara Yang Anda Patut Lakukan Apabila Rasa Gagal Dalam Bisnes 2

Perkara pertama yang anda patut lakukan setelah anda bermuhasabah diri semestinya adalah menilai kembali keberkesanan strategi bisnes yang anda lakukan sebelum ini. Kenal pasti apakah masalah dalam bisnes yang anda cuba fikirkan bagaimana untuk mengubahnya.  Mungkin cara itu pernah berkesan dahulu akan tetapi mungkin tidak sesuai lagi kini dan sebaliknya.

Dalam bisnes, kita kena bersikap terbuka dan menerima pandangan orang lain juga. Ambil masa untuk muhasabah dan lihat apakah yang menyebabkan pesaing anda lebih berjaya. Apakah perbezaan anda dengan mereka? Jika boleh, laburkan duit anda untuk melakukan kajian pasaran semasa.

Kebanyakkan peniaga dan usahawan melayu ketinggalan kebelakang berbanding usahawan bangsa lain kerana tidak menitikberatkan kajian dan mengenal pasti pasaran semasa berdasarkan suspek dan prospek mereka. Jika anda mahu laburkan wang anda untuk tujuan melakukan ‘research’, maka gunakan peluang ini untuk gunakan data yang ada dan ubah strategi niaga yang ada untuk kesesuaian pasaran semasa.

#2-Tingkatkan Keuntungan

4 Perkara Yang Anda Patut Lakukan Apabila Rasa Gagal Dalam Bisnes 3

Sebenarnya, keuntungan bukan hanya semata-mata daripada nilai duit yang anda perolehi, sebaliknya anda juga dikira untung jika dapat meningkatkan pengaruh jenama. Contohnya, jika anda ada stok yang begitu banyak, namun tidak laku, daripada dibiarkan berhabuk di rumah, sebaiknya anda menawarkan diri untuk menaja mana-mana program dan produk anda diberikan sebagai cenderahati.

Dengan cara ini, anda mungkin rugi daripada segi wang modal, namun sebenarnya anda telah gunakannya untuk pemasaran secara tidak langsung. Jika produk anda sebenarnya memang menarik, pasti mereka akan membelinya di kemudian hari, akan tetapi jika tiada respon positif, maka, anda perlu melakukan perubahan besar dengan produk anda. Sama ada perlu ditukar atau di’upgrade’.

Matlamatnya disini bukanlah untuk membuat lebih banyak keuntungan akan tetapi untuk menarik lebih ramai target pelanggan dan pasaran dan seterusnya merekalah yang akan memberi keuntungan kepada anda di kemudian hari.

#3-Cipta Nilai Baharu Untuk Pelanggan

4 Perkara Yang Anda Patut Lakukan Apabila Rasa Gagal Dalam Bisnes 4

Nilai produk di mata pelanggan amat penting. Lihat kembali nilai yang anda tawarkan. Adakah sama seperti yang pelanggan jangkakan? Adakah setimpal dengan harga yang mereka akan laburkan.

Jika tiada masalah dengan produk, mungkin ada masalah dengan prosedur perniagaan anda atau S.O.P. pastikan pekerja termasuklah anda sendiri mematuhi S.O.P yang ditetapkan. Anda juga harus pastikan S.O.P anda tidak merumitkan pelanggan dan membantu menyenangkan kedua-dua pihak.

Pernah satu ketika, penulis ingin membeli barangan secara online, sudahlah tidak dinyatakan harga, minta di ‘PM’, kemudian diminta untuk tekan link Whatsapp pula, sudahnya respon yang diberikan mengambil masa yang lama dan mengecewakan. Anda mahu berniaga atau mahu memeningkan kepala pelanggan?

Ada juga peniaga yang tidak mahu melayan selepas produk mereka tidak dibeli oleh pelanggan selepas peneranga diberikan. Jangan begitu, anda sendiri yang tidak mahu memaparkan informasi produk dengan jelas, menyebabkan mereka terpaksa bertanya macam-macam.

Jangan jangkakan pelanggan akan terus membeli selepas mendengar penjelasan anda yang panjang lebar. Mereka hanya ingin tahu, jadi berikan mereka masa dan ruang. Jika mereka tidak mahu tidak mengapa akan tetapi, layanlah mereka dengan berhemah dan sabar.

#4- Jaga-Jaga Dengan Kos

4 Perkara Yang Anda Patut Lakukan Apabila Rasa Gagal Dalam Bisnes 5

Kos perbelanjaan untuk bisnes memang agak tinggi tambah-tambah jika anda baru bermula dan tiada wang simpanan yang banyak. Cuba jimatkan perbelanjaaan anda dan gunakan barang sedia ada daripada keluarkan duit untuk membeli bahan baharu untuk operasi bisnes anda. Anda juga harus berkorban keselesaan hidup anda.

Punca masalah usahawan muda sekarang ini adalah mereka ada sikap ‘instant gratification’. Mereka gembira dengan pencapaian kecil mereka dan terus sahaja meraikannya. Sebulan pertama perniagaan, untung RM 3000 katakan, terus sahaja digunakan untuk berjoli bukan untuk disimpan bagi kecemasan.

Jangan begitu, pastikan anda ada wang simpanan yang banyak barulah anda boleh memberi ‘reward’ kepada diri anda dan orang lain. Sentiasa bersyukur tetapi bukan sentiasa lupa diri. Rancanglah bisnes anda dalam jangka masa 5 tahun, 10, tahun dan seterusnya. Di zaman “cash is king” ini, anda harus pandai menjaga alir masuk wang syarikat anda. Banyak mana yang mengalir keluar, banyak itu jugalah yang kena mengalir masuk.

Malah lebih lagi yang perlu dialirkan masuk untuk memastikan bisnes bertahan. Jangan senang-senang mahu buat pinjaman wang kerana bisnes sangkut apabila susah. Nanti sudahnya, sudahlah papa kedana pula dek kerana hutang.

Sumber
Rujukan:

http://www.gaebler.com/If-Your-Business-Is-Not-Doing-Well.htm

Penulis: Nadia Nazri





Source link