KUASAI & MENANGI PSIKOLOGI PEMBELI ANDA 1

Penulis: Nadia Nazri

Keperluan atau kehendak? Kita selalu mendengar persoalan ini diutarakan sebagai nasihat kepada sesiapa yang bersikap boros dalam membeli. Mungkin sebagai individual kita juga pernah bertanyakan soalan yang sama pada diri sendiri apabila berasa dilema sama ada harus membeli atau tidak. Namun, sebagai usahawan, pemikiran kita akan menjadi sebaliknya. Baik kehendak atau keperluan, kita mahukan pembeli membeli produk atau servis kita kerana selain memenuhi minat sendiri, hasil jualan anda adalah jumlah gaji bulanan anda dan pekerja anda.

Jadi, dengan
mempelajari dan memenangi asas psikologi pembeli, anda tahu bagaimana untuk
melicinkan produk jualan atau meningkatkan permintaan semasa. Pendedahan yang dilakukan oleh Nas Daily berkenaan harga barangan berjenama seperti Gucci yang 5 kali ganda lebih mahal dari kos pembuatannya membuatkan ramai yang terkejut. Namun persoalannya, mengapa masih ramai mahu membelinya pada harga yang tidak munasabah. Adakah kerana jenama semata-mata? Atau emosi?

#1-Kuasa Beli Adalah Kuasa Emosi

KUASAI & MENANGI PSIKOLOGI PEMBELI ANDA 2

Sejujurnya, walaupun anda mengikuti perkembangan ekonomi semasa, walau apa pun isu ekonomi yang timbul, urusan jual beli tetap berlangsung seperti biasa. Anda tetap bangun seperti biasa, pergi ke tempat kerja dan tetap membeli secawan kopi atau surat khabar untuk memulakan pagi anda seperti biasa! Berikut adalah jenis-jenis emosi yang menyebabkan pelanggan membeli daripada anda menurut Geoffrey James dari Inc. contributor. Meskipun nampak seperti mereka membeli dengan logik akal, namun emosi memainkan pengaruh yang penting.

  • Emosi Tamak– “Jika saya beli sekarang, saya akan mendapat keuntungan.” (Selalunya berlaku apabila ada ‘sales’ yang mana kita takut barang tersebut akan habis dan dibeli oleh orang lain)
  • Emosi Takut– “Jika saya tak beli sekarang, saya pasti tidak berpeluang lagi untuk membelinya.” (Selalunya berlaku apabila kita benar-benar mahukannya dan khuatir ‘offer’ tersebut tidak akan datang lagi)
  • Emosi Ingin Berbuat Baik – “Jika saya membelinya, saya akan dapat membantu orang lain.” (Selalu terjadi apabila kita mahu belikan sesuatu untuk orang tersayang atau membantu orang yang memerlukan seperti konsep membeli sambil menderma)
  • Emosi Cemburu -“Jika saya tidak membeli sekarang, orang lain akan membelinya.”(Terjadi apabila kita mahu orang lain memilikinya atau kita mahu turut memiliki seperti orang lain yang telah membelinya)
  • Emosi Menjaga Maruah – “Jika saya beli sekarang, saya akan kelihatan bagus.”(Selalu terbeli apabila kita dicucuk dengan ayat seperti, “Cikgu patut beli atau pakai produk ini, dengan gaji cikgu, harga ni barang ni bukan satu masalah……….”)
  • Emosi Malu – “Saya akan nampak bodoh kalau melepaskan peluang ini sekarang.” (Boleh terperangkap bila penjual sudah berikan tawaran yang menarik, dan ramai orang di sekeliling sudah bersetuju untuk membeli)

#2-Gunakan Ego Mereka Untuk Membeli

KUASAI & MENANGI PSIKOLOGI PEMBELI ANDA 3

Selain daripada kuasa emosi, ego juga memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan emosi. Setiap kali mereka mempertimbangkan untuk membeli atau tidak, pasti mereka akan
memikirkan apakah yang mereka akan dapat sebagai pulangan. Jadi, sebagai
penjual, cuba kenal pasti apakah cara untuk memuaskan dan memenuhi ego mereka.

Menggunakan ego mereka untuk membeli akan buatkan mereka lebih yakin untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, “ Kulit muka akak putih cuma sayang ada jerawat, kalau sapu produk ni hari-hari kat muka, mesti nanti jadi ‘flawless’.“ Jadi, kita boleh lihat bagaimana kita memenuhi ego kehendak dan keperluan mereka pada satu masa. Sudah azali, manusia sukakan kecantikkan dan selalu ingin tampak cantik dan
menarik.

#3-Mengurangkan Lebih Memikat Daripada Menambahkan

KUASAI & MENANGI PSIKOLOGI PEMBELI ANDA 4

Secara psikologinya, pembeli lebih suka membeli sesuatu produk atau servis bagi tujuan mengurangkan berbanding menambahkan. Seperti contohnya, ramai yang tercari-tercari produk atau supplement pengurusan badan kerana ingin mengurangkan berat badan. Meskipun ada sahaja si kurus kering yang ingin menambahkan berat badan, namun keperluannya tidaklah sekritikal pembeli yang berbadan besar dan gemuk.

Sebagai contoh, pembeli pasti mahu membeli krim yang dapat mengurangkan jerawat di muka mereka berbanding membeli krim untuk memutihkan lagi  wajah mereka yang sudah sedia cerah. Setiap individu pasti punya masalah jadi mereka sebenarnya sedia maklum masalah yang mereka hadapi.

Setiap individu juga pasti ingin selesaikan masalah jadi pastikan, semasa menjual produk, fikirkan ‘point’ yang bersifat menyelesaikan dan mengurangkan masalah mereka. Pasti mereka akan membeli sekiranya mereka dapat melihat hubungkait masalah mereka dengan produk anda. Sudah pasti ada yang berasa ragu-ragu untuk mencuba
produk anda buat kali pertamanya, jadi janganlah berniat sekadar untuk menjual, berusahalah bersungguh-sungguh untuk membantu orang tersebut.

Yang paling penting, anda sendiri harus mencuba dan mengesahkan kebaikkan produk sebelum bertindak meyakinkan orang lain untuk menggunakannya kerana harga sebuah kepercayaan lebih berkali-kali ganda lebih mahal daripada harga produk anda.

Harga sebuah kepercayaan lebih berkali-kali ganda lebih mahal daripada harga produk anda.

Pengalaman mencuba sendiri dan testimoni pelanggan lain akan membuatkan mereka yakin untuk membeli daripada anda. Kerana sifat manusia sebenarnya gemar meniru orang lain dan melakukan sesuatu yang sama seperti dilakukan oleh kebanyakkan orang. Maka, tidak mustahil apabila semasa kita memilih kedai untuk makan di kawasan asing,
kita akan singgah di kedai yang ada ramai pelanggan dan banyak kereta walaupun belum tentu lagi rasanya enak. Begitu bukan?

Sememangnya, kita semua suka membeli dan pasti tidak akan berhenti membeli, sebagai penjual, kita harus tahu bagaimana untuk memenangi hati pelanggan melalui pendekatan psikologi. Mahirkan diri untuk mengawal psikologi pasaran dan pelanggan seterusnya anda akan dapat memberikan pengalaman yang berharga untuk pelanggan
semasa membeli. Semoga berjaya!

Sumber Rujukan:

https://e27.co/need-better-understanding-buyer-psychology-succeed-business-20170814/

https://medium.com/the-mission/learn-buyer-psychology-66b969578b2b





Source link