3 Asas Kewangan Untuk Bisnes Kecil 1

Bila kita dah buat keputusan untuk buka bisnes, kita harus sedar yang kita sudah mempunyai tanggungjawab baharu yang tidak sama dengan orang makan gaji. Salah satunya, anda harus menguruskan kewangan syarikat dengan baik melalui sistem yang tertentu.

Mungkin anda rasa susah nak buat kira-kira dan urus tadbir kewangan syarikat tambah-tambah lagi kalua anda tidak suka matematik. Tidak mengapa, anda masih boleh upah orang lain untuk melakukannya bagi pihak anda, cumanya,anda sendiri kena tahu selok-belok kewangan agar tidak tertipu nanti. Berikut adalah perkara asas yang anda harus tahu dan bersedia sebelum bermula.

1- Ambil Masa Untuk Kenal Pasti Tugas Kewangan Anda

3 Asas Kewangan Untuk Bisnes Kecil 2

Setiap pengurusan kewangan berbeza mengikut modus operandi bisnes anda. Jadi, setelah menubuhkan syarikat, kenal pasti kategori perniagaan dan aspek kewangan yang anda perlu tahu. Kategori perniagaan seperti milikan tunggal, sendirian berhad dan berhad sendiri adalah berbeza.

Contohnya, seperti cukai, cukai anda bergantung kepada kategori perniagaan anda dan jumlahnya juga berbeza. Jika syarikat anda membesar dan anda mempunyai rakan niaga atau pelabur, anda harus bertanggunjawab untuk mengemaskini perniagaan anda dari masa ke semasa dan melaporkannya kepada mereka.

Setiap hari anda harus merekodkan transaksi, memeriksa pembayaran bil dan invois, membayar gaji pekerja dan gaji sendiri, berurusan dengan pembekal dan mengetahui naik turun harga serta melakukan bajet baharu untuk setiap bulan. Jadi, jika anda tidak biasa melakukannya sebelum ini, bersedialah, buat ‘reminder’ supaya anda tidak tertinggal dan menyusahkan diri anda kelak.

2-Guna Perisian Untuk Akaun Syarikat

3 Asas Kewangan Untuk Bisnes Kecil 3

Tidak bermakna jika anda tiada asas akaun, anda tidak boleh membuat kira-kira akaun. Anda boleh menggunakan pelbagai perisian atau ‘software’ yang ada dalam pasaran untuk menguruskannya bagi anda.

Kebiasaanya, akauntan akan menggunakan perisian seperti ‘Excel sheet’ akan tetapi jika anda tiada ilmu kemahiran untuk menguruskannnya, lebih baik anda beli sahaja perisian yang sudah mempunyai format akaun yang akan mengiranya untuk anda, hanya perlu masukkan jumlahnya sahaja ke dalam Xero atau QuickBooks. Penting untuk anda tahu aliran keluar masuk wang anda agar anda tidak tersalah belanja dan operasi syarikat dapat berjalan seperti biasa.

3- Ambil Kelas Kewangan

3 Asas Kewangan Untuk Bisnes Kecil 4

Banyak peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu para usahawan menambahkan ilmu. Antaranya adalah dengan menghadiri bengkel-bengkel kewangan di luar sana. Anda juga boleh rujuk buku-buku kewangan yang bagus, membaca artikel-artikel khusus daripada sifu kewangan serta bertanyakan kepada pakar kewangan.

Usahawan sememangnya terkenal dengan karakter keras kepala mereka. Disebabkan sikap keras kepala inilah mereka dapat bertahan lama dalam bisnes akan tetapi, boleh jadi sebab sikap yang sama, anda boleh bankrap dalam bisnes. Sebabnya? Anda tidak tahu tetapi tidak bertanya dan anda tidak minta pertolongan disaat anda perlukan.

Sama seperti urusan kewangan, jika anda mengalamai masalah atau isu seperti kehilangan wang tanpa dapat dikesan, ada audit oleh badan-badan luar, terlalu banyak masa dihabiskan untuk membuat kira-kira, banyak kesilapan dalam akaun, mengalami transit masuk kewangan yang mendadak, syarikat berkembang dengan pantas dan sebagainya, bermakna anda tidak mampu lagi bergerak sendirian.

Anda perlu mendapatkan pertolongan dengan segera agar tidak kehilangan wang duit tanpa disedari dan bisnes dapat beroperasi seperti biasa secara konsisten. Tidak salah laburkan wang sedikit untuk pastikan bisnes anda terus berkembang. Banyak lagi tip-tip asas kewangan yang akan kami kongsikan dalam artikel seterusnya. Teruskan membaca!


Sumber rujukan:

https://www.business.com/articles/5-tips-small-business-finances/

Penulis: Nadia Nazri





Source link