3 Kaedah Minimakan Risiko Bisnes Rugi 1

Bisnes yang berjaya bukan hanya berasaskan idea semata-mata. Fantasi sememangnya lebih indah daripada realiti. Untuk memiliki bisnes yang berjaya, seorang usahawan haruslah mempunyai visi yang jauh kehadapan tetapi realisitik.

Mereka harus sanggup untuk turun padang, buat kajian dari masa ke semasa, membuat perancangan yang rapi dan teliti serta menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk mengerakkan misi bisnes mereka. Amat penting untuk anda bersiap siaga menghadapi kesemua kemungkinan yang ada yang akan merisikokan bisnes anda. Berikut adalah langkah awal yang anda harus ambil untuk meminimakan risiko kerugian dalam bisnes:

1-Pastikan Target Anda Tepat

3 Kaedah Minimakan Risiko Bisnes Rugi 2

Ini adalah masalah utama orang kita. Tak kisahlah jika dia jual produk sendiri ke, produk orang ke, atau menawarkan servis ke, bila dia rasa produk dia hebat, terus dia sasarkan target pasaran dan pelanggan yang besar.

Tetapi sedarkah anda? Bilamana anda buat begitu, anda sendiri tidak jelas dengan saiz persaingan yang anda akan hadapi? Apatah lagi untuk mengenalpasti siapa pesaing anda yang sebenar dan cuba mengalahkan mereka dalam pasaran. Mungkin logiknya, lagi banyak jual, lagi besar pasaran, lagi maju bisnes dan sudah tentu lagi cepatlah anda kaya.

Akan tetapi, formula ini hanya berkesan dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Bagaimana kalau anda tidak bernasib baik di awal-awal perniagaan. Bagaimana nak berjaya kalau terus menerus rugi tanpa henti? Jadi, jangan sayang duit anda, laburkan untuk mencari orang, sumber atau ilmu yang tepat mengenai target prospek anda yang sebenar-benarnya.

Sudah ada sumber maklumat yang mencukupi, barulah perkenalkan produk anda kepada target yang tepat agar tidak terlebur duit. Anda juga harus kenali dahulu siapa pesaing anda dan pastikan produk anda dapat bersaing dengan mereka melalui kelebihan tertentu seperti inovasi dan lain-lain.

2-Pastikan Kawan Anda Bukan Lawan

3 Kaedah Minimakan Risiko Bisnes Rugi 3

Ada juga usahawan yang gagal dalam bisnes sebab kekurangan nilai kepimpinan yang bagus. Mereka ini bukan sahaja tidak dapat memberi bimbingan yang bagus kepada orang sekeliling terutamanya pekerja yang menjadi sumber kekuatan mereka bahkan mereka sebenarnya gagal memimpin diri mereka sendiri.

Selalunya mereka ini adalah golongan majikan yang tidak disukai ataupun majikan yang suka menyalahkan pekerja sentiasa. Dia je betul, orang lain susah nak betul lebih daripada dia. Susah kan nak jadi usahawan? semua benda nak kena pandai dan tahu.

Jangan risau, jika anda rasa anda ada kekurangan di mana-mana, anda boleh mengatasi kelemahan anda dengan mengupah orang lain yang lebih arif dan mereka akan menguruskannya bagi pihak anda. Jika anda kekurangan wang, upahlah pekerja sambilan atau ‘freelancer’.

Jangan juga kekok dan ego untuk belajar daripada mereka. Malu bertanya sesat jalan tidak kisahlah posisi apa atau berapa umur anda sekalipun. Berkawanlah dengan mereka dengan ikhlas bukan membuatkan mereka menjadi lawan, siapa juga yang akan rugi akhirnya nanti?

3-Buat Perancangan Yang Rapi & Menyeluruh

3 Kaedah Minimakan Risiko Bisnes Rugi 4

Nak berjinak dalam bisnes kena fikir masak-masak. Dah masuk dalam dunia bisnes apatah lagi, kena banyak fikir masak-masak dan betul-betul masak. Jangan hanya ada satu perancangan sahaja. Sediakan sebanyak-banyaknya perancangan yang rapi untuk semua situasi sama ada baik atau buruk.

Walaupun kita seorang optimis dan sentiasa husnuzon, kena juga fikirkan situasi yang terburuk yang mungkin anda akan hadapi dan sediakan payung sebelum hujan. Jangan boros berbelanja untuk perkara yang tidak perlu, utamakan keperluan bukan kehendak. Pelbagaikan cara dan usaha untuk promosikan syarikat.

Jika bajet anda rendah, berjinak-jinaklah dengan cara promosi yang murah atau percuma terlebih dahulu seperti beroperasi bawah agensi kerajaan, aktif dalam membina rangkaian usahawan seperti menyertai program atau pameran oleh kerajaan secara percuma ataupun murah bayarannya.

Belajar bina bisnes dengan perlahan-lahan tetapi stabil bukannya mendadak tapi terus ‘fail’. Jangan terus jumpa ‘ah long’ kerana nak proses dan hasil yang cepat. Pastikan anda tidak menempah tiket masalah anda sendiri. Masalah yang akan mendatang haruslah ditangani dengan bijak agar anda kekal lama dalam bisnes.

Sumber Rujukan:

https://www.bdc.ca/en/articles-tools/start-buy-business/start-business/pages/7-successful-start-up-tips.aspx

Penulis: Nadia Nazri





Source link