3 Mindset Anda Perlu Ada Untuk Jadi Usahawan Kaya 1

1-Anda Pasti Berjaya Melakukannya

3 Mindset Anda Perlu Ada Untuk Jadi Usahawan Kaya 2

Bukan sahaja dalam bisnes, hatta dalam apa perkara sekalipun yang kita mahu lakukan dalam hidup, kita harus ada mindset positif yang kita akan berjaya. Jangan pernah ragu-ragu akan kebolehan sendiri. Kita harus yakin pada diri, berusaha sebanyak 360 darjah dan bertawakal. Jika anda sendiri tidak percaya kepada diri, bagaimana anda mahu orang lain terutamanya pelanggan percaya kepada anda.

Ibarat anda mahu mengupah seseorang melakukan sesuatu terhadap anda akan tetapi si dia tidak yakin dan kelihatan takut-takut, pasti anda tidak akan mengambilnya sebagai pekerja anda, begitu jugalah dengan anda sendiri. Sebelum melantik diri sendiri sebagai usahawan dan bos, pastikan anda mempercayai diri anda sepenuhnya yang anda boleh melakukannya dan berjaya.

Jika ada setitik rasa ragu pun, buang perasaan itu jauh-jauh. Orang putih kata, fake-it-till-you-make-it. Jika anda tidak pernah melakukannya atau mempunyai pengalaman tidak mengapa, belajarlah ilmu baharu dan daripada kesilapan yang bakal terjadi. Berpura-puralah yang anda yakin dan boleh lakukannya, lama-lama kepura-puraan ini akan menjadi kebenaran yang mana anda boleh lakukannya.

Allah s.w.t. turut berfirman, sangkaanku adalah mengikut sangkaan hamba-hambaku, jadi fikirkan yang baik-baik, pasti anda juga akan mendapat perkara yang baik-baik daripadaNya.

2-Besarkan Visual Impian Anda

3 Mindset Anda Perlu Ada Untuk Jadi Usahawan Kaya 3

Selain berkeyakinan tinggi, untuk berjaya dalam bisnes juga anda harus mempunyai visi dan misi yang jelas dan besar. Ini bermakna, jangan melihat sesuatu hasrat, impian, isu atau ujian daripada sudut pandang yang kecil. Dalam bisnes, wajib anda alami siri kegagalan sebelum betul-betul berjaya.

Oleh sebab itulah, hanya orang yang berjiwa kental yang dapat melepasi semua fasa kesusahan ini pasti akan berjaya manakala yang selebihnya kecundang di pertengahan jalan kejayaan. Jadi, bila sahaja anda gagal dalam satu-satu perkara, jangan sempitkan pemikiran dengan melihat isu tersebut dari satu sudut sahaja. Tengok dari keseluruhan perkara dan cari sudut positif hikmah ianya terjadi.

Jangan biarkan hasil usaha yang tidak menjadi menegatifkan anda dan merobek keyakinan yang anda bina selama ini. Apapun yang terjadi, bersyukurlah dengan perkara yang masih anda ada dan telah berjaya lakukan selama ini dan jangan terlalu bersedih dengan kegagalan anda yang bersifat sementara itu.

Stay positive! Alihkan fokus anda kembali kepada cita-cita besar anda tadi. Jangan juga terlalu mudah berpuas hati dengan kejayaan kecil hingga terlupa untuk berusaha mencapai kejayaan besar. Fokus pada gambar besar impian anda bukan pada subjek-subjek tertentu dalam gambar.

3- Risk + Reward + Resilient = Kejayaan

3 Mindset Anda Perlu Ada Untuk Jadi Usahawan Kaya 4

Dalam bisnes, anda harus berani mengambil risiko dan keluar dari zon selesa. Inilah resepi kejayaan semua jutawan yang ada di seluruh dunia. Mereka berani menggadaikan sesuatu yang mereka sayang dan takut walaupun mereka tidak pasti apakah hasilnya.

Malah, ramai di antara mereka pernah gagal semasa mengambil risiko dan bezanya mereka dengan anda adalah mereka tidak pernah berhenti setakat itu. Mereka ulang lagi perkara yang sama, mengulangi lagi risiko untuk mendapat reward yang mereka mahukan dengan pelbagai cara dan kaedah yang berbeza. Mereka risikokan segalanya untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Tetapi, apabila mengambil risiko, jangan main semborono sahaja, lakukan kajian dahulu dan kira peratus kerugian atau kerosakan yang anda akan alami . Jika anda masih mampu menanggungnya, teruskan tetapi jika ia boleh menjejaskan anda dan orang sekeliling anda dalam skala besar, fikirlah masak-masak dan bertawakallah kepada Allah untuk jalan yang terbaik. Yang penting, jangan berhenti mencuba dan terus berusaha dan berjihad dengan cara yang Allah suka dan redha, insha-Allah pasti anda akan berjaya, Ameen.

Sumber Rujukan:

https://www.entrepreneur.com/article/307280

Penulis : Nadia Nazri





Source link