3 Strategi Bisnes Ikut Teknik Micheal Porter 1

Sebagai pelanggan, mana satu pilihan anda, mengembara dengan MAS Airline atau AirAsia? Lebih suka makan roti The Loaf atau makan roti Gardenia sahaja? Dalam kehidupan seharian, sebagai pelanggan kita ada banyak pilihan sebelum membeli atau melanggan sesuatu.

Setiap bisnes ada pelanggannya yang tersendiri. Jarang-jarang kita dengar ada syarikat yang menyasarkan semua orang di bumi ini sebagai pelanggan mereka. Hatta kilang gula Tan Sri Robert Kuok sekalipun, mungkin pembeli gulanya terhad di pasaran Malaysia atau Asia sahaja. Begitulah anda sebagai usahawan. Perlu ada target sendiri dan pilih strategi bisnes anda.

Jangan terlalu takut untuk mencuba dan jangan terlalu tamak untuk terus mencapai kesemua yang ada di depan mata. Perlahan-lahan susun langkah anda. Berikut adalah strategi bisnes yang diformulakan oleh Micheal Porter, professor ekonomi dan bisnes dari Universiti Harvard. Lihatlah, mana satu yang sesuai dengan anda?

#1-Strategi Cost
Leadership

3 Strategi Bisnes Ikut Teknik Micheal Porter 2

Strategi cost leadership bermakna anda akan fokus untuk menjadi penjual atau pembekal yang menjual pada harga yang paling murah. Usahawan kategori ini mempunyai sumber yang pelbagai dalam industri termasuklah kenalan. Oleh itu mereka berupaya memberikan harga yang termurah kepada pelanggan.

Oleh kerana mereka merupakan peneraju harga murah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk sentiasa mencari sumber barangan yang murah dan kekal menjual pada harga murah kerana pelanggan mereka akan mengenali mereka kerana harga murah yang ditawarkan. Contoh syarikat adalah AirAsia, Tesco, Mydin dan lain-lain.

Jika syarikat ini berjaya mengekalkan strategi harga murah, maka, pelanggan akan sentiasa mencari mereka tanpa perlu bersusah-payah mempromosikan produk atau servis mereka. Berapa banyak usahawan di luar sana menjual produk yang sama dengan anda? Jika anda boleh konsisten memberikan harga yang murah maka, anda boleh menjadi ‘player’ atau pemain dalam industri kerana pesaing anda akan cuba untuk mengikut atau meniru anda.

 #2-Strategi Differentiation

3 Strategi Bisnes Ikut Teknik Micheal Porter 3

Strategi ini
sentiasa menjadi jika kena pada gaya dan caranya. Usahawan yang gunakan
strategi ini akan sentiasa fikirkan idea yang kreatif untuk produk atau servis
yang mereka tawarkan. Memang sifat manusia sukakan kelainan kerana kebiasaan
boleh menjadi sesuatu yang membosankan. Jika produk atau servis anda
membolehkan mereka menjadi lain dari yang lain, pasti mereka sangat
menghargainya dan menjadi pengikut setia bisnes anda.

Biasanya, usahawan dengan strategi ‘differentiation’ tidak fokus kepada harga yang mahal sebaliknya menawarkan kreativiti yang terbaik kepada pelanggan tanpa mengira harga. Malah, pelanggan tetap juga membeli produk atau servis mereka walaupun pada harga yang mahal. Pelanggan kategori ini bukan membayar harga produk atau servis semata-mata sebaliknya membayar harga untuk kelainan yang ditawarkan.  

Untuk berjaya
dalam menggunakan strategi ini, anda perlu rajin membuat kajian dan
bereksperimentasi untuk mencari inovasi bagi setiap produk. Anda
bertanggungjawab memastikan produk anda berkualiti tinggi. Bahagian pemasaran
juga wajib memastikan prospek dan pelanggan faham kelainan yang ditawarkan
seperti syarikat Telekung Siti Khadijah.

#3-Strategi
Focus

3 Strategi Bisnes Ikut Teknik Micheal Porter 4

Ada dua konsep
yang boleh digunakan untuk strategi fokus. Porter menekankan dalam strategi ini,
kita boleh gunakan konsep “Cost Focus” atau “Differentiation
Focus”. Cost Focus bermakna anda menumpukan pada pengurangan kos dalam
bisnes dengan target market yang spesifik manakala Differentiation Focus
bermakna menumpukan kepada kelainan produk yang akan dijual kepada target
pelanggan tertentu seperti syarikat UNIQLO. Kedua strategi ini dibezakan
kelompok target yang berbeza.

Bagi differentiation focus, anda harus pastikan, target pembeli anda mempunyai kehendak yang berbeza daripada kebiasaan pelanggan yang lain ataupun mungkin produk atau servis sama akan tetapi pembungkusan atau penghantarannya unik seperti konsep yang diguna pakai oleh Lazada.

Bagi usahawan yang ingin guna cost focus, anda harus fokus untuk mencari dan menjual harga murah yang diinginkan oleh pelanggan. Contoh syarikat yang guna cara ini adalah kedai D.I.Y.harga murah yang ditawarkan oleh mereka sentiasa memikat hati kita sehinggakan apabila kita perlu membeli sesuatu barangan, kita akan cari D.I.Y.

Untuk pastikan kita berupaya untuk aplikasikan konsep ini dalam bisnes kita, terlebih dahulu kita harus pastikan yang kita dapat bekalan barang mentah pada harga yang murah, kos fasiliti, pekerja yang murah barulah kita dapat menjual pada harga yang murah.

Kadang-kadang, kita perlu melabur jumlah yang banyak untuk teknologi seperti membeli mesin yang mungkin agak mahal namun akan membantu kita menjimatkan kos pada masa akan datang. Dengan ini, barulah kita dapat menjual pada harga murah dalam pasaran dan kekal sebagai pesaing unggul dalm industri.  

Sumber rujukan:

https://www.ifm.eng.cam.ac.uk/research/dstools/porters-generic-competitive-strategies/

https://www.mindtools.com/pages/article/newSTR_82.htm

Penulis:
Nadia Nazri





Source link