3 Strategi Kejayaan Dollar Shave Club Berjaya & Bagaimana Anda Boleh Tiru Mereka 1

Penulis: Nadia Nazri

Dollar Shave Club adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Michael Dubin, seorang warganegara Amerika Syarikat yang berpangkalan di Venice, California. Syarikat ini bermula dengan hanya menjual produk pencukur untuk lelaki namun berjaya membuat keuntungan berjuta-juta sejak tahun 2012.

Bagaimana pengasas syarikat ini dan rakan kongsinya berjaya membuat keuntungan yang begitu besar sejak dari awal dan turut mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan lelaki akan tetapi ramai wanita turut menjadi pembeli setia mereka? Mari kita ketahui strategi  MENJADI  ‘startup’ mereka. 

#1-Teknik Video Viral

3 Strategi Kejayaan Dollar Shave Club Berjaya & Bagaimana Anda Boleh Tiru Mereka 2

Semasa melancarkan produk pencukur  buat kali pertama, mereka memuat naik satu video yang bertajuk “Our Blades Are F**king Great”  yang kemudian menjadi  bualan hangat dan sensasi dalam kalangan pengguna internet. Video tersebut mengandungi  ‘punchlines’ dan elemen komedi yang sesuai untuk pelbagai jenis kriteria suspek dan prospek. Dalam masa 90 hari, video tersebut menjadi viral setelah ditonton sebanyak 5 juta kali.

Video tersebut
juga mendapat pelbagai pujian kerana menepati citarasa pelbagai pihak. Mungkin juga
kerana latar belakang pengasas sendiri adalah dalam bidang seni persembahan di Upright
Citizens Brigade, New York.

Unsur komedi
adalah salah elemen yang paling berkuasa untuk mengawal audien kerana elemen
ini disukai oleh hampir semua orang dan manusia sanggup membayar untuk berasa gembira
dan ketawa.

Tahukah anda
video viral ini hanya memerlukan kos sebanyak  $4.5k sahaja. Dubin berjaya mengurangkan kos
pembikinan video dengan menggunakan studio dan kenalannya di UBC. Ini adalah
salah satu sebab kenapa kita sebagai usahawan perlu ada ramai kenalan dan
sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka.

Kos dan kualiti
video mereka sebenarnya melibatkan kos hampir $60k jika menggunakan khidmat
studio dan krew produksi luar. Ini diakui sendiri oleh syarikat- syarikat lain
yang cuba untuk meniru gaya video viral Dollar shave Club ini untuk strategi
marketing mereka.

Mungkin anda
tidak mampu untuk berkomedi dalam video anda sendiri tetapi sebagai usahawan,
anda harus memastikan video pemasaran anda mempunyai kriteria seperti ‘story telling’
dan menyentuh emosi penonton. Oleh itu pastikan video anda berkisar tentang
pelanggan anda bukan tentang anda.

Anda akan dapat tarik lebih ramai suspek dan prospek jika anda boleh bercerita dalam video anda secara santai akan tetapi masih memberikan fakta dan data yang tidak membosankan.

Telah  terbukti yang pengguna media sosial akan menolong untuk bantu  promosi iklan anda secara percuma jika kandungan iklan mengandungi elemen sama ada seperti  humor, mendidik, memberi pengajaran, memberi  inspirasi, menyentuh emosi  atau mempunyai nilai prinsip dan kepercayaan yang sama seperti mereka. Jadi, fokus kepada elemen ini untuk setiap strategi pemasaran anda.

#2-‘Highlight’ Nilai Tambah Produk Secara Konsisten

3 Strategi Kejayaan Dollar Shave Club Berjaya & Bagaimana Anda Boleh Tiru Mereka 3

Video viral
bukan satu-satunya faktor kejayaan jualan produk. Mungkin anda berjaya buatkan
mereka ketawa akan tetapi apa yang menggerakkan mereka untuk mengambil tindakan
untuk membeli adalah apabila mereka rasa 
mereka ada kaitan dengan produk anda. Dollar Shave Club sangat pandai
dalam memastikan prospek mereka bukan sahaja terhibur akan tetapi membuatkan
mereka rasa wajib untuk membelinya.

Daripada video
viral ke laman web, ‘landing page’, borang tempahan online,  emel marketing, sehinggalah mesej ucapan
terima kasih untuk langganan atau pembelian, mereka tidak pernah lupa untuk
memasukkan nilai tambah yang ada pada produk mereka untuk mendidik prospek akan
kelebihan sedia ada produk mereka yang bermanfaat.

Menurut kajian,
individu boleh mengingat video atau visual yang mereka tonton
sekurang-kurangnya selama 90 hari. Jadi, jika anda berjaya menyelitkan
mesej-mesej kesedaran mengenai kelebihan produk anda untuk masalah-masalah yang
mungkin dihadapi mereka, mesej ini akan tertanam dalam ingata separa sedar
mereka.

Mungkin mereka
tidak mengalami masalah atau situasi yang memerlukan produk anda sekarang, akan
tetapi mungkin sekiranya mereka atau orang terdekat menghadapinya kelak, mereka
pasti akan mengingati produk anda. Mungkin berserta ‘caption’ atau ‘tagline’
nya sekali. Hehehe.

Nilai tambah
produk pencukur ini adalah dimana mereke mengetengahkan yang mereka memahami
yang ramai pengguna ‘razor’ terpaksa membeli dan menggantinya banyak kali dalam
masa setahun. Harga pencukur yang berkualiti 
juga agak mahal tetapi sayang tidak dapat diguna pakai berkali-kali.

Penulis sendiri hairan bagaimana produk pencukur mereka dapat membuat keuntungan hingga berjuta-juta sedangkan begitu banyak jenama pencukur lain berada di pasaran dan sudah lama bersaing antara satu sama lain.

Ya, memang pencukur mereka adalah produk biasa dan tidak unik sama sekali akan tetapi mereka berjaya kerana mereka membuatkan prospek faham yang produk mereka ada nilai tambah yang unik dan menyelesaikan masalah ramai pengguna produk pencukur lain selama ini. Nilai tambah ini yang mereka ekspresikan dalam setiap promosi atau komunikasi mereka kepada suspek dan prospek.

Ingat! Produk
mereka biasa tetapi mereka berikan pengalaman membeli dan mengguna yang luar
biasa serta memudahkan pengguna mereka. Solusi produk mereka ? Penjimatan wang.

#3-Jelas Dengan Tujuan Menjual

3 Strategi Kejayaan Dollar Shave Club Berjaya & Bagaimana Anda Boleh Tiru Mereka 4

Sebagai
usahawan, kita bukan hanya sekadar menjual kerana kita mahu menjual. Kenal
pasti kenapa mereka perlu membeli dengan kita. Dengan melakukan kajian yang
mendalam sebelum mula menjual, kita dapat kenal pasti apa ‘point’ untuk
membuatkan orang membeli dengan kita. Gunakan ‘point’ ini dengan memilih
perkataan yang sesuai, ringkas, jelas, ‘direct’ dan mengikat emosi mereka untuk
memilih produk anda.

Jika anda turut
ingin menggunakan video untuk mempromosikan produk anda seperti Dollar Shave
Club, pastikan apa sahaja yang ada dalam kandungan video tersebut seperti skrip
anda, ‘time frame’, latar belakang video, prop, grafik dan sebagainya
mengandungi makna yang tertentu yang akan membuatkan mereka mengenali produk
anda dengan baik dan faham ‘point’ anda untuk mereka membeli.

Sebaik sahaja
orang faham mesej ‘brand’ anda mereka akan faham risiko yang anda dan mereka
sendiri akan ambil untuk mencuba produk tersebut.

Tagline “Our
blades are f**king great”
mungkin tidak kena dengan budaya masyarakat Malaysia
akan tetapi  tagline ini sinonim dengan
cara pertuturan masyarakat barat. Jadi, mereka boleh menerima dan ternyata
menyukainya.

Sebaik sahaja
anda dapat memikirkan konsep pemasaran atau pengiklanan yang bagus dan
sekiranya ‘menjadi’, jangan berhenti di situ. Maksimakan kuasa viral untuk
meningkat potensi perniagaan dan keuntungan.

Dollar Shave
Club bukan hanya menggunakan video di media sosial semata-mata. Setelah
videonya tular, Dubin telah menggunakan peluang ini  dengan segera untuk menarik lebih ramai
pelabur untuk menjadi rakan niaganya dengan menunjukkan rating tontonan video
tersebut.

Dengan
pendapatan yang ada telah mempelbagaikan strategi promosi dengan menggabungkan
media tradisional seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya di
samping memaksimakan pengunaan media baharu seperti  youtube, website, media sosial dan
sebagainya. Ingat! Jangan sia-siakan peluang yang terhidang di depan mata.
Ambil tindakan dengan segera dalam tempat dan masa yang tepat.

Sumber rujukan:

https://allgoodtales.com/brand-story-hero-dollar-shave-club/

https://www.impactbnd.com/blog/how-dollar-shave-club-grew-from-just-a-viral-video-to-a-615m-valuation-brand

https://www.quicksprout.com/content-marketing-tricks-that-helped-dollar-shave-club-go-viral/

https://www.entrepreneur.com/article/290539





Source link