Penulis : Nadia Nazri

4 Cara Yakinkan Pelanggan Untuk Beli Produk 1

#1 Pastikan Produk Anda Ada Style

4 Cara Yakinkan Pelanggan Untuk Beli Produk 2
” Tidak hairanlah kita lihat produk jenama Apple sentiasa kelihatan elegan “

Pengasas Apple, Steve Jobs adalah antara orang yang dikenali kerana obsesinya dengan kecantikan dan kekemasan sesuatu produk. Maka, tidak hairanlah kita lihat produk jenama Apple sentiasa kelihatan elegan. Sudah lumrah manusia memang sukakan kecantikan malah jika beli barangan yang murah sekalipun masih mahu memilih yang cantik-cantik.

Jadi, sebagai seorang usahawan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan produk anda ada nilai estetika hatta jual makanan sekalipun. Pastikan rekaan pembungkusan makanan anda menarik, cantik dan senang untuk diingat. Rajin-rajinlah untuk kaji rekaan paling cantik dan menjadi kegemaran semasa.

Jika produk anda bukan dalam bentuk bungkusan yang tertentu, tetapi untuk dimakan di kedai sahaja, pastikan rekaan dalam kedai, alatan yang digunakan nampak menarik dan membuatkan orang tertarik. Oleh kerana golongan milenia memang gemar mengambil gambar yang kelihatan cantik, pastikan anda sediakan elemen tempat atau barangan yang cantik untuk mereka ambil gambar dan kongsikan di media sosial mereka.

#2- Guna Teknik Urgensi

4 Cara Yakinkan Pelanggan Untuk Beli Produk 3
“Bukan sahaja dapat menarik pelanggan yang anda sasar bahkan orang yang tiada keperluan juga berkemungkinan untuk membeli produk anda “

Saya pasti semua orang terbiasa dengan teknik ini baik secara sedar ataupun tidak. Jika kita membeli apa-apa barangan secara online, pasti kira sering terbaca ayat-ajat pujukan seperti, “Promosi sehingga stok masih ada”, “Beli sekarang untuk harga terbaik!”, “Hanya sah untuk 100 pembeli pertama”.

Anda sering membacanya bukan? Nah, inilah teknik urgensi. Sama ada anda sudah tahu mengenainya atau belum tahu, gunakan ayat- ayat urgensi ini dalam setiap hebahan promosi produk anda agar dapat menawan psikologi perasaan pembeli.

Nampak seperti senang, remeh dan mungkin anda rasa teknik lama, tetapi untuk aplikasikan teknik ini, anda harus berfikir dengan teliti kerana jika pengunaan ayat urgensi ini tepat, bukan sahaja dapat menarik pelanggan yang anda sasar bahkan orang yang tiada keperluan juga berkemungkinan untuk membeli produk anda. Power tak???

#3-Berikan Memori Indah

4 Cara Yakinkan Pelanggan Untuk Beli Produk 4
“Sediakan tagline, caption, nama produk yang menarik dan sukar untuk dilupakan.”

Pelanggan pasti akan membeli berkali-kali produk yang mereka ingati. Mengikut teori, “Law of Seven”, seorang individu perlu mendengar sesuatu sebanyak 7 kali sebelum mereka mengambil sesuatu tindakan. Jika anda mahukan produk anda untuk diingati, pastikan anda berikan mereka sesuatu yang senang untuk diingati.

Sebagai contohnya, anda sediakan tagline, caption, nama produk yang menarik dan sukar untuk dilupakan. Ulang penggunaan perkataan, gambar atau sebagainya dalam pelbagai cara dan kaedah promosi dan salah satunya melalui media sosial anda. Pengulangan akan membantu mereka mengingati produk anda.

Tetapi, berhati-hati jangan sampai melebih-melebih daripada had yang sepatutnya. Kita mahu pelanggan menyedari dan mengingati produk anda dengan cara yang baik, bukan sebaliknya. Jadi, rancanglah dengan baik untuk berikan mereka memori yang indah melalui produk anda sebaiknya. Bina jenama anda dengan cantik dan kukuh serta diingati.

#4-Guna Teknik Call to Action (CTA)

4 Cara Yakinkan Pelanggan Untuk Beli Produk 5
“Gunakan CTA seperti ejen promoter di CJ WOW SHOP, GO SHOP.”

Sama seperti urgensi, CTA berfungsi untuk memujuk, meyakinkan, dan memastikan pelanggan mengambil tindakan sebaik sahaja terlihat iklan anda. Kuasai psikologi pelanggan bermakna anda akan menguasai emosi dan tindakan mereka. Tidak guna jika anda sudah menyediakan segalanya cantik-cantik akan tetapi hanya sekadar dibaca dan disimpan. Mereka perlukan dorongan untuk mengambil tindakan segera.

Jika tidak, walaupun mereka berminat akan tetapi mungkin mereka akan terlupa kemudian. Gunakan CTA seperti ejen promoter di CJ WOW SHOP, GO SHOP. Gunakan ayat seperti “Call sekarang!” “ Tekan link ini sekarang” untuk dorong mereka menukarkan minat mereka menjadi tindakan. Sediakan masa tertentu untuk mereka mendapat promosi yang betul-betul hebat daripada anda sekaligus menjadi memori indah buat mereka. LAKUKAN SEKARANG!

Sumber Rujukan:

https://medium.com/the-mission/learn-buyer-psychology-66b969578b2b





Source link