4 Perkara Usahawan Jangan Takut Dalam Bisnes 1

Dalam bisnes, kita hanya boleh menjalinkan hubungan dengan pelanggan kita melalui persamaan. Jika difikirkan, setiap orang mempunyai karakteristik yang berbeza, sudut fikir yang berlainan, kegemaran dan kesukaan yang berlainan. 

Namun, di sebalik perbezaan ini, pelanggan kita yang mempunyai keunikan yang masing-masing masih boleh menerima dan menyukai kita sekiranya kita berkongsi nilai yang sama seperti mereka. Nilai yang sama bererti identiti yang sama. Persamaan identiti inilah yang akan membentuk hubungan yang erat dalam tempoh yang lama dan mengukuhkan bisnes kita.

#1-Jangan Takut ‘Approach’ Pelanggan

4 Perkara Usahawan Jangan Takut Dalam Bisnes 2

Jadi, walaupun kita tidak pasti bagaimana untuk menghampiri target atau suspek kita yang kelihatan yang berbeza dan mungkin dirasakan tidak sesuai dengan produk, jangan takut untuk mencuba menghampiri mereka. 

Sebagai contohnya, anda ingin menjual peralatan rekreasi, jika anda menggunakan konsep ‘unity’ untuk mencari titik persamaan dengan pelanggan ini, pasti anda fokus kepada golongan yang gemar aktiviti ‘outdoor’.  Tetapi bukan produk anda sahaja ada dipasaran yang memfokuskan produk ‘outdoor’ malahan banyak pesaing anda di luar sana.

Jadi, apa yang membuatkan mereka memilih anda berbanding produk lain adalah ‘value’ yang anda tawarkan. Nilai mana yang lebih baik untuk produk anda, nilai produk rekreasi yang berkualiti dan tahan lama ataupun nilai seperti syarikat anda sentiasa menjaga alam sekitar dan menyokong aktivis alam sekitar?

Pasti mereka lebih berminat untuk menjadi pelanggan anda. Kerana nilai yang anda kongsikan, mereka bukan sahaja berkongsi identiti sebagai peminat ‘outdoor’ bahkan mereka juga dapat berkongsi dan mempamerkan identiti mereka sebagai aktivis alam sekitar yang komited dalam misi untuk kekalkan bumi hijau. Ini akan menarik minat mereka untuk setia bersama anda kerana nilai dan identiti yang anda berikan impak yang baik dan positif untuk mereka.

#2-Jangan Takut Dengan Label

4 Perkara Usahawan Jangan Takut Dalam Bisnes 3

Anda kena berani untuk berkongsi identiti produk anda melalui label yang tertentu. Ini penting untuk strategi jualan dan promosi secara online terutamanya. Contohnya, jenama tudung ‘Fareeda’, mereka menggelarkan diri mereka sebagai ‘FareedaFan’. Oleh kerana mereka mempunyai kelompok penggemar yang ramai dan berkongsi identiti yang sama, mereka menubuhkan komuniti mereka sendiri.

Setiap kali ada pelancaran koleksi tudung baharu, pembukaan cawangan dan sebagainya, komuniti ‘Fareedafan’ inilah yang akan memeriahkan suasana, menjadi pembeli nombor satu setiap produk anda, dan menjadi ejen promoter anda yang akan berkongsi dan mempengaruhi komuniti setempat mereka masing-masing secara percuma. Menarik bukan?

Kadang-kadang, jika komuniti ini terlalu menyukai dan menggilai produk anda, mereka sendiri yang akan meletakkan label untuk komuniti produk anda, seperti peminat yang memuja artis mereka dengan gila-gila.

Jika anda mempunyai komuniti sendiri tetapi tidak mempunyai label, anda boleh fikirkan satu nama label yang ‘catchy’ untuk produk anda. Gunakan komuniti anda untuk hubungan yang lebih baik dengan pelanggan dan untuk kuatkan jenama dan bisnes anda.

#3-Jangan Takut Dengan Pesaing Sendiri

4 Perkara Usahawan Jangan Takut Dalam Bisnes 4

Jika produk anda benar-benar bagus, anda tidak perlu takut bersaing. Pesaing anda sebenarnya boleh menjadi alat untuk anda lebih maju dalam bisnes. Ambil contoh syarikat Apple dan Microsoft. Umum mengetahui pengasas kedua-dua syarikat ini adalah musuh seteru sejak azali lagi.

Mereka pernah cuba untuk bekerjasama tetapi tidak menjadi dan bersifat sementara kerana terpaksa. Namun, apa yang bagusnya, perbalahan antara kedua-kedua syarikat ini membuatkan mereka nekad untuk mengalahkan antara satu sama lain secara konsisten dengan mengeluarkan produk inovasi mereka yang terhebat dari masa ke semasa. Mereka bersaing daripada semua segi termasuklah pengiklanan.

Bukan sahaja syarikat dan produk mereka bersaing bahkan pelanggan dan pengikut setia mereka turut bersaing. Jika dulu pelanggan banyak bergaduh mulut sambil mempertahankan produk dan jenama kesayangan masing-masig, sekarang mereka sibuk berbalah secara online dan aktif membuat ‘review’ dan berkongsi ‘post’ untuk meyokong jenama yang mereka suka.

Jadi, pastikan produk anda disayangi oleh pelanggan dan pasti mereka akan mempertahankan produk kesayangan anda. Jika anda baru hendak bermula, tidak mengapakan, pastikan impak poduk anda padu, mula kumpul pelanggan dan pengikut setia, kenal pasti pesaing anda dan pastikan anda buat yang terbaik, lebih baik daripada mereka, maka, jenama anda akan dikenali dan menjadi ikutan komuniti.

#4- Jangan Takut Untuk Memberi Pandangan

4 Perkara Usahawan Jangan Takut Dalam Bisnes 5

Jika tadi penulis bercakap mengenai jenama, identiti, persamaan, nilai dan sebagainya, sebagai usahawan anda harus berusaha untuk ‘tackle’ pelanggan dengan cara yang lain. Selain memberi tambah nilai kepada pelanggan, anda juga harus menunjukkan sisi pendirian syarikat anda, bisnes anda kepada pelanggan.

Ini penting kerana boleh meningkatkan persamaan identiti dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan. Anda harus menyuarakan pendapat-pendapat anda, prinsip-prinsip anda bukan sahaja berkisar tentang produk dan bisnes, tetapi berkenaan isu semasa.

Sebagai contoh isu Adib, hero bomba Malaysia yang meninggal dunia baru-baru ini, suarakan pandangan anda dan minta juga pandangan mereka, ini pasti akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan mereka tambah-tambah lagi jika anda berkongsi pandangan yang sama seperti mereka.

Jangan takut sekiranya pandangan anda agak lain dan berbeza daripada pelanggan anda, kerana jika disuarakan dengan cara yang baik, dan ada logiknya, pasti pandangan atau prinsip anda dihormati oleh mereka walaupun berbeza.

Hati-hati semasa memilih isu supaya tidak menganggu sensitiviti orang lain, jangan terlalu vokal hingga menyebabkan orang berasa jelik, jangan juga terlalu jumud dalam melontarkan pandangan ibarat kita sahaja yang betul dalam dunia ini, dan janganlah juga bersifat lalang, asyik bertukar pandangan hingga jadi bahan ketawa orang kerana tidak tetap pendirian.

Percayalah, pelanggan pasti menyukai anda dan jenama anda jika prihatin terhadap isu semasa dan masalah komuniti anda terutamanya. Anda bukan sahaja menjadi usahawan dan berniaga tetapi anda menjadi ‘influencer’ juga yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Buatlah secara berhemah dan jangan sampai menjatuhkan orang lain. Takut-takut nanti orang lain pula jatuhkan kita nanti. Selamat Mencuba!

Penulis: Nadia Nazri





Source link