Bisnes bukan sekadar mahu orang kenal tetapi lebih kepada kepercayaan. Dengan rasa percaya lebih mudah pelanggan membeli produk atau servis dari anda. Kepercayaan dari pelanggan memperlihatkan kredebiliti bisnes anda pada satu tahap tinggi.

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Laman Web dan seumpamnaya dapat digunakan sebagai medan untuk meraih kepercayaan dari para pelanggan. Komunikasi dan penglibatan aktif dalam sosial media ini akan memperlihatkan kewujudan anda dan bisnes.

Entri kali ini untuk anda yang mahu lari dari sosial media yang sunyi sekaligus boleh mempertingkatkan kepercayaan dari pelanggan menggunakan 5 cara berikut:

1) Kerap Buat Live.

5 Cara Meraih Kepercayaan Pelanggan Melalui Platform Media Sosial. 1

Buat live percuma sahaja cuma memerlukan kerajinan dan modal untuk bercakap. Banyak perkara yang anda boleh tunjukkan dengan membuat sesi live. Kini, semakin ramai peniaga yang semakin bijak menggunakan live untuk menunjukkan aktiviti perniagaan kepada pelanggan.

Ketika Live anda boleh tunjukkan produk agar pelanggan mengingatinya. Andai ada keluaran produk baru yang bakal dikeluarkan juga boleh ditunjukkan semasa live supaya membangkitkan kesedaran kepada pelanggan. Di samping itu anda juga boleh tunjukkan ‘behind the scene’ di sebalik perniagaan seperti pembungkusan parcel. Ini akan menunjukkan perniagaan anda wujud dan bergiat aktif.

2) Posting Secara Konsisten.

5 Cara Meraih Kepercayaan Pelanggan Melalui Platform Media Sosial. 2

 

Bagi menambahkan kepercayaan pelanggan pastikan anda menjaga soal posting di media sosial. Jangan biarkan media sosial sunyi namun jangan terlalu kerap. Saranan yang terbaik adalah membuat posting sebanyak 3 kali dalam sehari dan dibuat secara berterusan.

Lakukan juga pemilihan posting yang baik agar ianya kena dengan audiens pelanggan anda. Penjadualan posting juga perlu diambil kira. Tetapkan masa untuk membuat sesuatu posting. Jarak waktu yang terlalu dekat juga boleh membuatkan pelanggan merasa bosan kerana terlampau banyak update post.

3) Jaga Engagement Dengan Pelanggan.

5 Cara Meraih Kepercayaan Pelanggan Melalui Platform Media Sosial. 3

Engagement di media sosial melibatkan like, share, komen, view dan klik kepada sesuatu post. Dalam erti kata lain ia adalah tindakan yang dilakukan oleh audien selepas melihat posting anda. Jadi anda perlulah menjaga engagement dengan berkomunikasi dengan pelanggan. Tunjukkan satu komunikasi dua hala dengan pelanggan agar mereka bukan sahaja percaya sebaliknya lebih berpuas hati.

Berikan interaksi dengan memberikan reaksi atau respon kepada pelanggan anda tidak kira samada ianya pertanyaan, komen atau cadangan. Jangan biarkan media sosial anda kelihatan seperti diselia oleh robot.

4) Tunjukkan Emosi dan Perasaan.

5 Cara Meraih Kepercayaan Pelanggan Melalui Platform Media Sosial. 4

 

Ketika membuat posting atau menulis di dalam media sosial tayangkan emosi dan perasaan anda kerana ia bakal menyentuh emosi orang lain juga. Emosi dan perasaan boleh disentuh dengan cara olahan ayat. Produk yang bagus akan bertambah menarik dengan ayat copywriting yang menarik.

Elakkan menulis secara skema sebaliknya gunakan ayat yang lebih dekat dengan audien pelanggan.

5) Buat Sesi Sharing.

5 Cara Meraih Kepercayaan Pelanggan Melalui Platform Media Sosial. 5

Bisnes bukan tentang keuntungan sahaja. Oleh itu selalulah berkongsi kerana ia tidak merugikan pun. Sesi perkongsian yang anda lakukan di media sosial bakal menarik perhatian dan membuatkan pelanggan lebih percaya. Anda boleh kongsikan info, tip, panduan, idea, cara-cara dan sebagainya bertujuan mendidik mereka. Ia juga satu keadah softsell yang membuatkan pelanggan ingin membeli produk anda.

Nama baik dan reputasi bisnes bukan sahaja diukur dari segi jualan yang tinggi. Kepercayaan pelanggan juga perlu diraih agar bisnes dapat kekal lama. Pelanggan yang mempercayai bisnes anda berpotensi untuk memberitahu kepada orang lain. Daripada kepercayaan akan mengukuhkan lagi prestasi bisnes.





Source link