Baru-baru ni saya ada terima emel pasal sorang mamat ni cerita masalah dia tentang cara nak lajukan sales di Facebook.

Saya mengaku yang sekarang ni memang susah sikit nak menjual sebab competitor yang ramai dan macam-macam masalah lain lagi.

Jadi di bawah saya senaraikan 5 tips mudah untuk lajukan sales di Facebook.

5 Tips Lajukan Sales Di Facebook

1. Beritahu Orang Tentang Kelebihan Produk / Servis Anda

Nampak simple tapi ramai orang tak buat. Part ni saya dah biasa jumpa dah.

Semua sebok sangat dengan cara Copywriting power dan gambar yang power tapi posting di Facebook tak bagitau apa kelebihan yang ada pada produk / servis anda.

Kelebihan yang saya maksudkan di sini adalah USP (Unique Selling Point).

Kalau anda masih taktau nak create USP anda sendiri, anda boleh follow formula E.R.R.C di bawah.

Text

Bila anda dah tau USP anda, baru senang anda nak jual produk / servis anda tanpa sebok bersaing dengan orang lain.

2. Bina Engagement / Relationship Di Facebook

Tak kesah lah anda berniaga di Facebook page atau profile fb anda, keduanya masih perlukan engagement.

Kalau anda fail bab ni, susah anda nak menjual atau promote something dekat orang lain.

Benda yang anda patut buat supaya engagement anda naik adalah dengan:

  • Sharing knowledge
  • Bersosial

Tak kira Fb Page atau Profile, dua-dua saya gunakan method yang sama.

Bila anda sharing knowledge (wajib berkenaan dengan bisnes anda), orang akan nampak anda seperti expert. Barulah diorang yakin nak berurusan dengan anda.

Kalau bab bersosial pulak mudah je. Anda reply jelah apa orang lain koemn dekat post anda. Kalau malas nak reply sekalipun, anda boleh “like” komen orang tu.

Barulah orang tu rasa teruja dan rasa macam kita ambil perhatian dekat dia.

Buat je 2 benda simple ni. Serius boleh naik sales anda. Saya dah buat so saya tau lah. Cuma pastikan benda yang anda post tu related dengan bisnes anda lah.

Kalau tak memang takde guna.

3. Permudahkan CTA anda

CTA ( Call to Action) ni sebenarnya adalah benda yang anda nak suruh orang “buat sesuatu” selepas kita tunjukkan die sesuatu.

Sebagai contoh CTA adalah ; Klik Sini atau Beli Sekarang Di Laman Web Kami!.

Masalahnya, ramai peniaga online buat CTA lebih daripada satu di iklan. Sekejap suruh whatsapp, sekejap suruh pm messeger, sekejap suruh bagi no phone.

Apa yang kau nak sebenarnya ni??

Kalau anda letak lebih daripada 1 CTA, prospek boleh jadi konfius untuk beli produk anda.

Jadi permudahkan lah CTA anda. Pilih satu sahaja jenis CTA yang anda mahu prospek bertindak. Bukan setakat prospek rasa mudah tapi anda pun akan rasa mudah.

4. Gunakan Platform Facebook Marketplace

Platform Facebook Marketplace tak pernah mengecewakan saya. Ianya adalah tempat untuk anda menjual di Facebook.

Pernah guna Mudah.my kan? Haa lebih kurang la Facebook Marketplace ni.

Text

Dah banyak barang saya jual guna Marketplace ni. Tak perlu buat ayat gempak-gempak pun. Snap gambar bagi comel sikit lepas tu post. Settle.

Kalau anda takde bajet marketing, anda memang wajib untuk gunakan Facebook Marketplace ni. Mudah pun mudah.

5. Buat Iklan Berbayar (Facebook Ads)

Ini cara paling mudah dan senang sekali untuk anda buat sales dengan banyak.

Saya rasa anda mungkin dah tau dan dah pernah buat Facebook Ads ni. Kalau anda masih taktau, Facebook ads ni adalah iklan berbayar yang kita buat di Facebook.

Pernah tak jumpa post “Sponsored”? Itu sebenarnya adalah iklan Facebook Ads.

Anda beberapa jenis iklan Facebook yang anda boleh gunakan. Sila rujuk gambar di bawah.

Text

Iklan favorite yang saya selalu buat adalah, Traffic, Engagement, dan juga Video Views.

Berkenaan dengan cara setting iklan, anda boleh lihat video yang berdurasi 37 minit 31 saat di bawah:

Video di atas adalah sebahagian daripada Panduan Pemasaran Facebook yang saya buat. 

Saya harap cebisan video ni dapat membantu anda untuk tingkatkan lagi sales anda di Facebook untuk masa akan datang.

Okay itu sahaja kot yang saya nak share setakat ni.

Kalau anda mempunyai soalan berkenaan dengan cara pemasaran di Facebook, anda boleh terus komen di bawah. Cheers!

Nak belajar Facebook Marketing?

Gunakan Kod Kupon ‘RM30’ untuk diskaun pembelian panduan pemasaran Facebook!

Klik sini!

About the Author

5 Tips Mudah Untuk Lajukan Sales Anda Di Facebook 1

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

 





Source link