Penulis: Nadia Nazri

Dunia Ryan Yang Berusia 8 Tahun Bernilai 22 Juta Dolar Setahun 1

Jika anda mempunyai anak-anak yang gemar bermain gajet dan menonton Youtube, pasti anda mengenali Ryan dari Ryan ToysReview. Ryan merupakan seorang ‘Youtuber’ kanak-kanak yang sangat berjaya pada ketika ini kerana kemahirannya memukau penonton cilik dengan membuat ‘review’ untuk permainan kanak-kanak. Berikut adalah fakta dan faktor bagaimana kanak-kanak yang berusia 8 tahun ini berjaya menjana pendapatan mencecah jutaan dollar setiap tahun.

#1-Siapakah Ryan?

Dunia Ryan Yang Berusia 8 Tahun Bernilai 22 Juta Dolar Setahun 2

Jika diamati, kanak-kanak yang berusia 8 tahun ini tidak berbeza dengan kanak-kanak lain yang aktif dan gemar bermain.  Apa yang membezakannya dengan kanak-kanak normal lain adalah dia bermain dan menunjukkan cara bermain di dalam Youtube untuk tontonan ramai. Ibu bapa Ryan banyak membantu merekod, mengedit dan memuatnaik videonya untuk tontonan kanak-kanak lain.

Di awal permulaan, video yang dimuatnaik hanyalah video ringkas dan dalam durasi yang pendek. Namun, video Ryan berjaya memikat hati penonton bukan sahaja golongan cilik akan tetapi turut disukai oleh ibu bapa mereka. Bermula pada tahun 2015, Ryan berjaya menjadi ‘youtuber’ paling popular dengan bilangan ‘followers’ sebanyak 17.3 juta dan video Ryan ditonton sebanyak 26 billion ‘views’ menerusi platform Ryan ToysReview.

Menurut Forbes, pada tahun lepas, Ryan telah dinobatkan sebagai Youtuber paling popular mengalahkan Youtuber yang lain yang jauh lebih tua daripada Ryan. Dia menjana 22 juta dollar dalam masa setahun sekaligus menjadikannya sebagai ‘Youtuber’ paling yang memiliki pendapatan paling mahal mengalahkan PewDiePie yang pernah menduduki tempat teratas dalam kalangan ‘Youtuber’.

Bagi Ryan, apa yang dilakukan oleh beliau hingga saat ini bukan sahaja
menjadi punca pendapatan yang berterusan, malahan peluangnya untuk mendapat
permainan baharu sepanjang masa dan bermain tanpa henti dan sudah tentu ini
adalah impian semua kanak-kanak di seluruh dunia.

Akaun Ryan ToysReview mula didaftarkan pada tahun 2015, dan pada ketika itu dia hanyalah berusia 3 tahun. Ryan juga berjaya mendapat kontrak dengan Pocket.watch iaitu sebuah studio untuk hiburan kanak-kanak yang menawarkan untuk untuk mengendalikan program dan produk Ryan untuk Amazon dan sebagainya.

Tidak banyak yang kita boleh ketahui daripada latar belakang Ryan dan keluarganya kerana ibu bapa Ryan sangat menjaga dan mementingkan privasi mereka. Ibu bapa mereka turut menyorokkan identiti nama sebenar mereka untuk menjaga keselamatan dan keselesaan Ryan dan adik kembarnya. Mereka turut sama membuat ‘review’ permainan bersama si kembar di platform yang lain.

#2-Video Ryan Yang Paling ‘Top

Dunia Ryan Yang Berusia 8 Tahun Bernilai 22 Juta Dolar Setahun 3

Ryan mula popular setelah ibu bapanya memuatnaik sebuah video yang menjadi viral. Video tersebut adalah ‘review’ berkenaan “100+ cars toys GIANT EGG SURPRISE OPENING Disney Pixar Lightning McQueen”. Video ini ditonton sebanyak  900,000,000 kali dan memaparkan aksi Ryan bermain dengan koleksi kereta Disney Pixar Cars yang dikeluarkan dari telur Easter gergasi.

Video viral yang digelar “unboxing videos” ini menarik perhatian ramai kerana Ryan benar-benar melakukannya secara semulajadi dan tidak dibuat-buat. Penonton menyukai aksi lincah Ryan dan juga bagaimana dia menunjukkan perasaan gembira ketika bermain permainan tersebut. Daya menarik Ryan yang menghiburkan, kelakar dan juga ‘innocent’ membuatkan ramai orang terhibur dan sering menanti-nantikan video yang seterusnya.  

#3- Permainan Ryan Untuk Kebajikan

Dunia Ryan Yang Berusia 8 Tahun Bernilai 22 Juta Dolar Setahun 4

Pada awal permulaan video, Ayah Ryan berkata, mereka memilih dan membeli permainan tertentu untuk ‘review’ berdasarkan kata kunci carian yang paling banyak. Lama-kelamaan, banyak syarikat permainan mula menaja permainan untuk video ‘review’ Ryan. 

Menurut ibu beliau, kebanyakkan permainan yang digunakan untuk ‘review’ didermakan kepada badan amal kebajikan sesuai dengan konsep channel mereka, daripada kanak-kanak kepada kanak-kanak.

#4- Peminat & Pendapatan Ryan

Dunia Ryan Yang Berusia 8 Tahun Bernilai 22 Juta Dolar Setahun 5

Sebelum memiliki channel program sendiri, Ryan kerap menonton rancangan ‘review’ popular yang lain. Kejayaan beliau hari ini adalah disebabkan adanya “YouTube Kids App” yang berfungsi sebagai platform untuk  Millennials’ VCR.  Aplikasi daripada Youtube ini menyediakan peluang untuk ‘Youtubers’ memuatnaik video mereka dan setiap minggu, hampir 11 juta orang berpotensi untuk menonton video-video mereka.

Forbes menganggarkan, punca pendapatan Ryan sebanyak 22 juta dollar setahun adalah daripada iklan yang dipaparkan di channel Ryan ToysReview dan Ryan’s Family Review. Populariti mereka juga menyebabkan mereka terpilih untuk terlibat dalam program khas Youtube yang menawarkan harga iklan yang lebih tinggi kepada Ryan dan keluarga.

Ryan juga memiliki koleksi permainan yang sendiri yang menampilkan muka beliau sebagai penghias utama bungkusan permainan dan duta kepada beberapa produk mainan. Antara produk yang dikeluarkan dibawah jenama Ryan’s World adalah patung, t-shirt, kereta mainan dan sebagainya.

Produk mainan Ryan ini boleh didapati di seluruh rangkaian Walmart, jadi adalah mustahil jika kanak-kanak di luar negara tidak mengenali beliau. Maka tidak hairanlah jika kesemua penontonnya adalah dalam kalangan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Walaupun memiliki pendapatan yang amat tinggi, tetapi tidak kesemuanya dimiliki oleh Ryan sendiri. Mereka masih perlu membayar kos produksi dan pihak pengurusan. 15% daripada punca pendapatannya disalurkan kepada “Coogan account” yang akan dilindungi sehinggalah dia dewasa. Namun, menurut ibunya, sekiranya Ryan berhenti suatu hari nanti, dia akan memiliki wang dan harta yang cukup untuk tempoh masa yang lama.

Kejayaan Ryan yang mula meraih pendapatan seawal 3 tahun membuktikan kepada kita, untuk menjadi seorang yang berjaya, usia bukanlah penghalangnya. Jika anak anda turut berminat kearah keusahawanan, pupuklah mereka jangan sesekali memperkecilkan potensi mereka, dan janganlah juga memaksa-maksa. Semoga kejayaan Ryan memberi inspirasi kepada semua.  

Sumber rujukan:

https://www.forbes.com/sites/maddieberg/2018/12/03/how-this-seven-year-old-made-22-million-playing-with-toys-2/#4182a6ed4459

https://www.tubefilter.com/2018/02/19/ryan-toys-review-line-toy-fair/

https://heavy.com/entertainment/2018/12/ryan-toys-review/

https://www.scmp.com/news/world/article/2123939/meet-ryan-six-year-old-who-made-us11-million-year-reviewing-toys-youtube





Source link