Jose Adolfo Quisocala Condori -Buka Bank Sendiri Semasa Darjah 1 1

Penulis: Nadia Nazri

Pernahkah anda
terfikir yang untuk menjadi seorang usahawan anda boleh bermula seawal darjah
satu lagi? Bahkan, ada sahaja usahawan cilik bergelar jutawan pada usia yang
muda. Bahkan, mereka ini mungkin lebih dahulu mengenali wang dan strategi
bisnes sebelum mengenali abjad A,B,C. Sudah tentu ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam hal ini.  Jose Adolfo
Quisocala Condori antara usahawan cilik yang berjaya memiliki institusi bank
kanak-kanak pada usia seawal 7 tahun. Mari ikuti kisah selanjutnya.

#1-Profil Jose Adolfo Quisocala Condori

Jose Adolfo Quisocala Condori -Buka Bank Sendiri Semasa Darjah 1 2

Siapa sangka Jose
Adolfo Quisocala Condori, sorang kanak-kanak lelaki dari Arequipa, Peru,
berjaya membuka bank sendiri seawal usia 7 tahun.  Dilahirkan di salah satu bandar di Peru dan
dibesarkan di bandar Huancayo dan kini menetap di Arequipa  setelah berpindah bersama-sama keluarganya.
Di sini jugalah tempat Jose bersekolah dan mula mengasaskan bank kanak-kanak
pertama di dunia.

Jose sebelum itu
telah menghadiri beberapa sekolah yang berlainan dan terkini beliau belajar di
Insititusi Pendidikan Luis H. Bouroncle dalam tahun pertama menengah tinggi.
Idea Jose untuk membuka bank bermula semasa di peringkat sekolah rendah. Dia
mendapat inspirasi untuk membuka bank apabila melihat ramai kawan-kawannya
banyak membazirkan wang mereka untuk makanan ringan dan permainan sebagaimana
lumrah kanak-kanak yang lain di seluruh dunia.

Walaupun pada
usia yang masih muda, Jose sudah mula memahami konsep duit simpanan dan
kepentingan fungsi pengurusan kewangan dalam kehidupan manusia.  Oleh kerana ramai orang dewasa yang pergi ke
bank untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka, Jose juga ingin kanak-kanak sebayanya
turut berpeluang untuk melakukan perkara yang sama.

#2-Bagaimana Jose Merealisasikan Impiannya

Jose Adolfo Quisocala Condori -Buka Bank Sendiri Semasa Darjah 1 3

Setelah mula
memikirkan ideanya secara lebih mendalam dan terperinci, Jose memaklumkan
kepada gurunya akan idea berkenaan bank tersebut. Jose ingin menubuhkan bank
dimana setiap kanak-kanak boleh membuka akaun pertama mereka dengan memberikan
deposit barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas dan plastik sebanyak
5 kilogram. Selepas itu, mereka harus menyerahkan 1 kilogram barangan kitar
semula setiap bulan secara konsisten untuk mengekalkan keahlian. Ideanya
ringkas sahaja namun ternyata merupakan satu percaturan yang bijak.

Pada awalnya,
gurunya menentang idea ini untuk dilaksanakan kerana dirasakan terlalu sukar
untuk dilaksanakan oleh seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun. Justeru, idea
bernas ini kedengaran agak gila bagi gurunya pada ketika itu. Namun dia tidak
berputus asa dan meneruskan ideanya apabila mendapat sokongan pengetua sekolah
dan pembantu di dalam kelas. Semasa dalam proses melaksanakan idea bisnes
tersebut, Jose banyak ditertawakan oleh rakan-rakan sebaya. Dia juga turut
dibuli dan diperlekehkan oleh mereka.

Menurut Jose,
disebalik layanan dan respon negatif yang diterimanya, dia tidak berputus asa.
Dia menganggapnya sebagai satu cabaran di mana orang-orang yang negatif ini,
mereka tidak faham bahawa kanak-kanak bukanlah pemimpin atau pewaris masa
hadapan akan tetapi mereka juga boleh memainkan peranan yang penting pada waktu
sekarang, semasa masih lagi bergelar kanak-kanak. Dengan fikiran dan keazaman
yang positif, Jose meneruskan idea ini hingga tertubuhlah Bartselana Student
Bank.

#3- Bartselana Student Bank & Impaknya Kepada Dunia

Jose Adolfo Quisocala Condori -Buka Bank Sendiri Semasa Darjah 1 4

Hasil daripada
usaha, nekad dan keazaman Jose, ideanya yang pernah dikatakan gila suatu ketika
dahulu kini berjaya menjadi kenyataan. Tertubuhnya Bank
Bartselana Student
sememangnya diinspirasikan daripada kanak-kanak kepada
kanak-kanak juga. Setakat ini, bank ini berjaya memberikan khidmat kepada lebih
dari 2,000 pelanggan dan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan seperti
bank-bank konvensional yang lain.

Bezanya, bagi Bartselana Student Bank, Jose telah menetapkan syarat -syarat tertentu
seperti sepert mereka harus menetapkan matlamat simpanan mereka dan mereka
hanya boleh mengeluarkan wang dari bank ini hanya setelah mencapai matlamat
simpanan mereka. Bukankah ini satu cara untuk mendidik kanak-kanak untuk
berdisplin dan memahami nilai wang yang mereka perolehi?

Malah lebih hebat
lagi, jika di kebanyakkan bank-bank konvensional yang lain, kanak-kanak yang
menyimpan wang pasti mengumpulnya daripada pemberian ahli keluarga dan saudara
mara, akan tetapi, Jose telah memikirkan idea bank di mana kanak-kanak ini
tidak perlu bergantung kepada sesiapa untuk mendapatkan wang atau menyimpan
malahan mereka berusaha untuk duit simpanan mereka sendiri melalui pertukaran
barangan yang boleh dikitar semula. Malahan, idea ini juga turut mendidik
kanak-kanak tersebut untuk peka kepada alam sekitar dan membantu bumi untuk
terus hijau.

Apa yang
menarik, dengan konsep sistem daripada kanak-kanak kepada kanak-kanak , Jose
telah memastikan hanya pelanggan kanak-kanaknya sahaja yang berkuasa sepenuhnya
ke atas duit mereka dan berhak mengeluarkan wang tanpa kongkongan ibu bapa
mereka. Sudah pasti sistem ini memberikan nilai tambah kepada pelanggan dengan
elemen autentik yang ditawarkan dan menarik perhatian ramai kanak-kanak. Bank
ini mendapat sambutan yang mengalakkan dan kini Jose telah berjaya membuktikan
kuasa dan impak seorang kanak-kanak boleh lakukan terhadap komuniti dunia
sekaligus membuktikan mereka yang mengejek dan menghinanya pada suatu ketika
dahulu bahawa mereka ternyata salah.

#4- Pencapaian Jose & Bank Bartselana Student

Jose Adolfo Quisocala Condori -Buka Bank Sendiri Semasa Darjah 1 5

Dengan kerjasama
dengan syarikat pengurusan Alam Sekitar dan pertubuhan lain, Jose mula mengorak
langkah yang lebih besar sehingga terkenal bukan sahaja di Peru, malahan
menerima pengiktirafan seluruh dunia. Malahan baru-baru ini, ada syarikat
konglomerat dan korporat yang ingin bekerjasama dengan beliau.  Berikut adalah antara pencapaian yang Jose
terima di peringkat global:

  • Nominated for the International Peace Prize
  • International Entrepreneur School Award
  • Ambassador of the World Movement, “Global Money Week”
  • International Financial Inclusion Award for Young People – London Prize
  • Nacional E-100, Top High Impact Enterprises in the Country.
  • National Award for Social Entrepreneurship “Thaski” 2015
  • National Protagonists of Change 2015
  • Award National Award for Volunteering 2014, category Environment
  • Member of the CYFI Youth Committee for the United Nations
  • International Finance Award for Youth – New York (United States)
  • Peruvian boy receives “Children’s Climate Award 2018” in Stockholm

Misi bisnesnya
yang ingin menyelamatkan dunia dan juga duit membantu kanak-kanak untuk
mencipta tabiat positif dan gaya hidup yang baharu. Bank berkonsepkan ‘Eco’ ini
juga turut mendidik kanak-kanak berkenaan banyak nilai-nilai murni yang akan
membentuk mereka menjadi masyarakat yang lebih bagus. Maka tidak hairanlah,
kejayaan Jose dalam bisnes diiktiraf oleh Ratu England dan ramai lagi
tokoh-tokoh negara yang lain.

Apa yang kita boleh belajar daripada usahawan cilik ini adalah, jangan pernah pedulikan kata-kata negatif orang semasa berusaha dalam bisnes dan sentiasa percaya kepada diri sendiri. Yang pasti, usia bukanlah penghalang, justeru, jika ada anak-anak anda yang berminat kearah bisnes dalam masa yang muda, berikanlah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka walaupun mereka hanyalah kanak-kanak. Siapa tahu, anda boleh menjadi faktor utama disebalik kejayaan mereka pada suatu hari nanti. InshaAllah.

Sumber Rujukan :





Source link