Kepuasan Pekerja = Kepuasan Pelanggan 1

Pernah dengar frasa pekerja gembira pelanggan gembira? Begitulah sebaliknya. Pekerja adalah sebab utama sama ada pelanggan anda akan gembira atau tidak kerana cara interaksi atau cara layanan pekerja kepada pelanggan akan menentukan sama ada pengalaman membeli mereka akan jadi menyeronokkan atau tidak.

Sehebat manapun produk anda, akan tetapi jika layanan yang sampai kepada pelanggan hanya suam-suam kuku. Begitu jugalah kesannya kepada bisnes anda, hambar. Berikut adalah menghalang bisnes anda menjadi hambar tanpa sebab.

Antara banyak-banyak pekerjaan, boleh dikatakan pekerjaan yang memerlukan layanan langsung kepada pelanggan seperti dalam industri makanan, operator telefon, runcit online antara yang sukar di dunia. Mereka harus melayan kehendak dan permintaan pelanggan sepanjang masa walaupun menerima herdikan dan kata kesat mereka.

Kepuasan Pekerja = Kepuasan Pelanggan 2

Namun, dengan kesabaran pekerja, dalam masa 30 minit, mereka akan bantu pelanggan laburkan wang ke dalam syarikat anda melalui pembelian. Bayangkan anda ditempat mereka, bagaimanalah dan selama manalah yang anda akan mampu bertahan untuk bekerja ditambah pula majikan tidak memahami dan tidak ambil peduli. Yang hanya dipedulikan hanyalah duit masuk dan prestasi pekerja sahaja.

Mungkin ada majikan yang berkira-kira dengan pekerja, akan tetapi jika anda ingin berjaya dalam bisnes, anda harus ubah sikap ‘bos’ anda. Sehebat manapun produk atau servis anda, tetapi jika pekerja yang bertindak sebagai  orang tengah atau pemudah cara anda tidak boleh bekerja dengan baik atau selesa, anda akan kehilangan pelanggan dan juga pekerja pada masa yang sama.

Pengalaman dan kebolehan pekerja amat penting dalam memajukan bisnes anda jadi anda harus menjaga pekerja anda sama seperti anda ingin menjaga pelanggan anda. Jika anda melabur untuk pekerja anda sedikit jumlah wang daripada bajet pelanggan anda sekalipun, anda akan mendapat pulangan keuntungan yang besar.

Kepuasan Pekerja = Kepuasan Pelanggan 3

Cara ringkas yang anda boleh lakukannya adalah dengan:

  • Dapatkan maklumbalas pekerja kerana mereka tahu apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan mereka bekerja dengan lebih baik termasuklah keperluan pelanggan anda yang anda sendiri mungkin tidak tahu atau terjangka. Pekerja adalah aset anda, beri mereka ruang untuk berkarya.

  • Pengalaman pekerja yang baik bergantung kepda pemahaman anda kepada keperluan mereka. Mana yang boleh diubah untuk keperluan pekerja harus diutamakan kerana jika anda memudahkan mereka, mereka juga akan berbuat perkara yang sama, bukan sahaja untuk pelanggan malahan untuk syarikat.

  • Berikan latihan dan peluang untuk mereka belajar lebih lagi tentang perkara-perkara atau ilmu yang berkaitan dengan syarikat atau skop tugasan mereka. Mereka boleh belajar dengan anda dan juga anda boleh hantar mereka kepada agensi luar. Setiap pekerja harus ada ilmu dan kemahiran yang cukup untuk melakukan kerja mereka dengan baik dan untuk mengelakkan mereka rasa tepu dan bosan berada di tempat yang sama.

Anda harus
ingat, jika anda mempunyai pekerja generasi Z atau golongan milenia, mereka ini
mahukan lebih daripada sekadar bayaran. Mereka ini begitu bersemangat untuk melakukan
sesuatu yang berimpak besar bukan sahaja kepada diri mereka sendiri akan tetapi
orang lain juga. Jadi, anda harus berikan mereka peluang tersebut agar mereka
rasa diperlukan oleh syarikat dan bakat mereka dihargai.

Kepuasan Pekerja = Kepuasan Pelanggan 4

Sentiasa
tunjukkan yang anda ambil berat dengan prestasi mereka, idea mereka dan berikan
penghargaan untuk sekecil-kecil perkara. Cara ini ringkas dan sangat berguna
untuk memotivasikan mereka bekerja dengan lebih baik. Namun sayang, tidak ramai
yang ambil kisah kerana mereka rasa gaji sahaja sudah mencukupi. Generasi ini
bukan sahaja dambakan penghargaan, mereka juga tidak suka jika apa yang mereka
lakukan tidak disedari oleh anda apatah lagi kalau tidak dihargai.

Majikan di luar sana, anda harus tukar perspektif anda yang melihat pekerja hanyalah diupah untuk bekerja. Sebaliknya, anda harus melihat mereka sebagai penyumbang yang berharga kepada perniagaan atau syarikat anda. Jika anda mengakui peri pentingnya peranan mereka dalam syarikat anda, mereka akan memberikan sumbangan yang terbaik untuk syarikat.

Yang paling penting, mereka akan sangat menghargai anda dan menghormati anda juga. Dua perkara ini akan membuatkan mereka menjadi pekerja yang terbaik tanpa disuruh. Cubalah. Belajar menghargai peranan orang lain dalam hidup kita kerana sebenarnya, hidup kita ini adalah kitaran ekosistem yang mana kita suka atau tidak perlu bergantung kepada satu sama lain. Renungkan siapa anda tanpa mereka.

Sumber rujukan:

https://www.forbes.com/sites/ashiraprossack1/2019/05/31/employee-satisfaction-customer-satisfaction/#18e885125e2c

Penulis:
Nadia Nazri





Source link