Nak Jadi Usahawan: Sudahkah Anda Bersedia …Perkara Ini? 1

Ramai bercita-cita nak jadi usahawan, ada yang nak jadi usahawan sebab memang minat, ada yang nak jadi usahawan sebab nak masa kerja yang fleksibel, ada yang sebab nak jadi kaya, ada yang kerana legasi bisnes keluarga, tak kurang juga buat bisnes kerana tidak dapat kerja dan tidak tahu mahu buat apa lagi bagi menyara hidup.

Apa pun alasan anda tidak mengapa akan kerana sesiapa juga berhak untuk berjaya dan menentukan haluan hidup mereka masing-masing.  Namun, sebelum bermula, walaupun berhak, anda patut bertanya sama ada anda layak?

Kerana bergelar seorang usahawan bukanlah senang apatah lagi jika anda tidak mempunyai tawakal yang tinggi seperti seekor burung yang keluar mencari rezeki di awal pagi dan pulang ke sarang pada lewat petang. Ingat, jadi seorang usahawan bukan perkara senang dan anda patut tanya 3 soalan ini sebelum bermula.

#1-Adakah Anda Mempunyai Motivasi Yang Betul?

Nak Jadi Usahawan: Sudahkah Anda Bersedia …Perkara Ini? 2

Ramai orang mudah terpedaya dengan konsep berniaga sendiri ini. Nampak macam best sebab kerja sendiri, tak perlu dengar arahan orang lain, sendiri kerja sendiri jadi bos. Ramai yang suka bila menggelarkan diri mereka CEO sedangkan mereka tak tahu kadang-kadang setiap bulan menanggung kerugian.

Ini dah jadi macam kerja tetapi labur hangus duit sendiri tanpa pulangan. Sanggupkan anda? Kerana apabila ini terjadi, jika motivasi anda pada awalnya nak jadi usahawan kerana nak kaya anda akan menderita. Sememangnya anda boleh jadi kaya dan jadi bos apabila berniaga, tetapi ini bukanlah dapat diperolehi dengan mudah.

Walaupun anda boleh urus masa sendiri berbanding bekerja dengan orang, akan tetapi ini bukanlah indah seperti yang anda sangkakan. Sebaliknya tanggungjawab anda akan bertambah besar, anda kena berusaha sendiri untuk menanggung kos operasi bisnes, upah pekerja, cari pelanggan dan macam-macam lagi.

Kesemua urusan bisnes ini sebenarnya menuntut lebih banyak lagi masa anda sebenarnya dan risikonya jika anda tidak melakukannya, anda tidak bergerak, periuk nasi anda akan kosong.

Pastikan
motivasi anda untuk berniaga bukanlah semata-mata untuk jadi kaya dan ada waktu
lapang yang banyak. Pastikan motivasi anda betul dan bukan kerana dua perkara
ini kerana jika tidak pasti anda akan cepat mengalah.

#2- Adakah Anda Memiliki Kebolehan Yang Diperlukan

Nak Jadi Usahawan: Sudahkah Anda Bersedia …Perkara Ini? 3

Universiti Harvard adalah antara universiti yang tersohor bukan sekadar melahirkan graduan yang genius akan tetapi banyak tokoh-tokoh usahawan elit lahir dari sini. Menurut kajian universiti, kebanyakkan tokoh usahawan yang berjaya memiliki kebolehan seperti mencari peluang, belajar dengan pantas, pandai dalam pengurusan risiko dan banyak lagi.

Jadi buat bisnes bukan semata-mata bila anda mahu dan mampu dari segi kewangan. Sebagai seorang usahawan harus bijak mencari peluang dalam pasaran bukan hanya sekadar ikut trend dan ikut orang. Usahawan yang mempunyai peluang cerah untuk berjaya adalah yang boleh memahami masalah pelanggan dan menyelesaikannya.

Tetapi jika anda bukanlah seorang yang prihatin, dengan orang terdekat juga anda kurang berkebolehan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah agak sukar untuk anda urus bisnes ini sendiri melainkan anda upah orang-orang yang pakar. Persoalannya, mampu dan sanggupkah anda?

Jika anda sedar anda kurang berkebolehan namun masih bermotivasi tinggi untuk meneruskan cita-cita, anda harus sanggup untuk belajar banyak perkara-perkara baharu. Banyak kelas-kelas yang anda boleh pergi untuk menimba ilmu baharu berkaitan bisnes secara langsung dan tidak langsung.

Anda juga boleh menghadiri kelas-kelas yang disediakan di agensi-agensi kerajaan secara percuma. Yang pasti, untuk dapatkan ilmu baharu bukan mudah, anda kena korbankan masa, tenaga dan wang. Sanggup tak?

#3-Adakah Anda Ada Personaliti Yang Sesuai?

Nak Jadi Usahawan: Sudahkah Anda Bersedia …Perkara Ini? 4

Kalau ikutkan garis panduan personaliti seorang usahawan, ada banyak. Daripada sikap hinggalah cara berpakaian. Namun dalam konteks usahawan muslim, adakah personaliti anda penuh dengan sifat mahmudah? Bagaimana pula sikap anda apabila berhadapan dengan ujian dan amsalah yang bertimpa-timpa? Masih lagi dapat bersangka baik dengan Allah dan teruskan beroperasi seperti biasa?

Dalam Al-Quran, Allah s.w.t berkata sangkaan ku adalah mengikut sangkaan hamba-hamba ku. Jadi, kalau nak dapat yang elok-elok, kena fikir dan buat elok-elok juga dalam kehidupan seharian. Mungkin setelah berusaha dan berdoa, masih gagal, mungkin kita kena duduk bermuhasabah semula mana silapnya? Adakah kita bongkak? Sombong? Rasa diri sentiasa betul?

Renung dimana kesilapan kita kerana sifat mazmumah yang kita masih belum kikis atau mungkin dosa kita yang masih belum terampun. Sabar dan solatlah, pasti Allah bantu, itu janji Allah kepada kita.

Sumber rujukan:

https://fitsmallbusiness.com/should-i-start-my-own-business/

Penulis: Nadia Nazri





Source link