Sebagaimana speaker Seminar Marketing Luar Biasa (MLB) iaitu Tuan Hasbul Ariff dan Hasbul ‘Aqill sering laungkan tentang penambahbaikan, kami di Tim Majalah Niaga sepakat ingin melakukan perkara yang sama bagi tahun 2019.

Setelah hampir lima tahun bernaung dengan nama Majalah Niaga, akhirnya tahun 2019 menjadi titik permulaan bagi kami dalam melakukan suatu transformasi yang luar biasa.

Penukaran nama Majalah Niaga kepada Hasbul Brothers mempunyai signfikasi yang tersendiri. Bermula tahun ini kami ingin menonjolkan siapakah di sebalik Majalah Niaga yang sebenar ialah Habsul Brothers yang bukan sahaja speaker seminar sebaliknya ikon kepada usahawan di luar sana.

Banyak aktiviti dan pengalaman indah yang di bawa bersama dengan nama Majalah Niaga. Impak paling besar ialah Majalah Niaga telah membawa naik daripada Seminar Marketing Bisnes Kecil (MBK) sehingga kita telah mencapai Seminar Marketing Luar Biasa (MLB).

Semua momen dengan Majalah Niaga akan kekal terpahat dan tidak akan dilupakan. Majalah Niaga tetap satu jenama yang akan diperingati sampai bila-bila. Namun, kami melihat suatu yang lebih jauh dengan Hasbul Brothers.

Seiring dengan penjenamaan semula ini, kami ingin mengumumkan bahawa penukaran nama akan berlaku pada setiap platform media sosial termasuk Facebook, Instagram, Channel Telegram, Youtube, Twitter, dan blog dengan carian Hasbul Brothers.

Buat masa ini kami masih dalam proses kemaskini Hasbul Brothers dan untuk makluman rebranding akan berkuatkuasa serta merta. Stay tuned ya!

Terima kasih, selamat tinggal Majalah Niaga

Selamat datang, Hasbul Brothers!





Source link